Jennifer Aniston mengalami implikasi yang bahaya apabila tidur sambil berjalan kerana dia tidak sedar apa dilakukannya dan ia berpotensi mengancam nyawa. Selama beberapa dekad, pelakon itu bergelut dengan insomnia yang akhirnya bertukar menjadi episod berjalan tidur.
Katanya, hampir pernah mencederakan diri ketika berjalan tidur tetapi diselamatkan oleh penggera rumah yang berbunyi. Syukurlah, peristiwa itu tidak berlaku dan dia berterima kasih kepada penggera rumah yang berbunyi secara mengejut.