Selepas dua dekad, Jennifer Garner akan membuat penampilan epik menerusi peranan ikoniknya, Elektra dalam filem terbaru Marvel Studios, Deadpool 3.
Jennifer Garner muncul sebagai Elektra Natchios buat kali pertama dalam filem Daredevil pada 2003 di samping bekas suaminya, Ben Affleck. Dia kemudiannya tampil sebagai watak utama dalam filem Elektra pada 2005, bagaimanapun ia gagal mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton.
Dalam satu temu bual pada 2021, aktres berusia 51 tahun itu berkongsi harapan untuk menjalin kerjasama dengan Marvel Cinematic Universe (MCU). Katanya, dia amat teruja jika filem lakonanya sebelum ini, Daredevil dan Elektra menjadi sebahagian daripada MCU di bawah bimbingan Kevin Feige. Dia turut memuji kualiti penceritaan, penulisan, arahan dan elemen komedi yang dibawa Presiden Marvel Studios itu ke dalam MCU.