Bintang Don’t Look Up, Jennifer Lawrence menyandang status ibu selepas lima bulan mengumumkan kehamilannya kepada umum.
Seperti yang dilaporkan portal TMZ, cahaya mata pertama Jennifer hasil perkongsian hidupnya dengan pemilik galeri seni, Cooke Maroney dilahirkan di daerah Los Angeles.
Bagaimanapun butiran lanjut seperti tarikh kelahiran dan jantina bayi masih belum didedahkan sehingga kini.
