Umum mengetahui pelakon ini telah lama berkeinginan untuk memiliki cahaya mata. Pada 2015, dia meluahkan hasrat itu ketika satu wawancara bersama pengacara Diana Sawyer, “Saya tidak sabar mahu bergelar ibu.”
“Saya membayangkan diri saya mempunyai anak-anak, pasti hidup akan menjadi lengkap,” kongsinya kepada Glamour setahun kemudian.
Jennifer dan Cooke dilaporkan bertemu buat kali pertama pada 2018 menerusi seorang kenalan sebelum mengikat tali pertunangan pada Februari 2019.
Mereka melangsungkan perkahwinan dalam satu upacara intim di Belcourt Mansion, Rhode Island pada Oktober 2019 yang hanya dihadiri oleh 150 tetamu termasuk rakan terdekat seperti Amy Schumer, Emma Stone, Ashley Olsen, juga Kris Jenner bersama teman lelakinya, Corey Gamble.