Dikhabarkan anak pertama Lawrence dan Maroney telah dilahirkan pada bulan Febuari lalu tetapi tarikh kelahiran tidak diketahui. Wakil pemenang Oscar itu mengesahkan dia sedang mengandung anak pertamanya dengan Maroney pada September tahun lalu.
Lawrence membuat penampilan pertamanya di karpet merah sebagai ibu mengandung di tayangan perdana filem “Don’t Look Up“di Manhattan. Dia kelihatan mempesonakan dalam gaun warna beige, berlabuci dengan siluet lengan jubah dipasang dari tulle halus. Direka khas oleh atelier couture Dior, reka bentuk gaun menampilkan beribu-ribu manik, yang telah dijahit dengan tangan.
Artikel berkaitan: Perubahan Drastik! Jennie Blackpink Menukar Warna Rambutnya