“Orang Latin bersifat berani serta kuat, dan mereka mampu mencapai apa sahaja yang diingini,” katanya sebelum mengakui keberanian dimiliki bukan bermakna dia tidak pernah gagal.
“Saya tahu, penting untuk kita semua berasa tidak dipinggirkan. Dan seperti kebanyakan orang, pasti pernah beberapa kali dalam hidup anda berasa seperti orang luar.
“Kadangkala saya merasainya di Hollywood. Saya masih berasa seperti itu sehingga ke hari ini. Kebenarannya adalah, apa yang kita perlukan adalah suku bangsa kita sendiri.”