Perhubungan antara pelantun lagu Let’s Get Loud, Jennifer Lopez dan tunangnya, Alex Rodriguez atau A-Rod dilihat telah lama bermasalah.
Mereka sering menjadi tajuk berita sejak beberapa bulan lalu, dan terbaharu media melaporkan Lopez dan A-Rod masih mencintai satu sama lain dan ingin cuba menyelamatkan perhubungan ini.
Namun nampaknya ia tidak menjadi seperti yang dirancang. Sabtu lalu pelakon ini berkongsi beberapa foto di Instagram yang menunjukkan dirinya berada di set penggambaran Shotgun Wedding.
Apa yang mencuri perhatian peminat adalah jarinya tidak dihiasi cincin pertunangan bernilai RM7.5 juta pemberian A-Rod.