Foto tersebut menunjukkan Lopez sedang memberi pose sambil merakam swafoto di anak tangga berserta kapsyen “kekal tenang dan terus bekerja hujung minggu.”
Walau dilihat menyarung beberapa aksesori lain termasuk cincin berbatu dempak, cincin berlian potongan zamrud itu tidak kelihatan di jari manisnya.
Beberapa jam kemudian dia memuat naik dua lagi foto, juga tanpa aksesori simbolik tersebut.
Ini bukan kali pertama Lopez dilihat tanpa cincin pertunangan. Beberapa hari lalu dia muncul sebagai penghias kulit majalah InStyle tanpa menyarung aksesori pemberian A-Rod.
Artikel tersebut turut memaparkan beberapa petikan kata indah daripada bekas tunangnya Ben Affleck dan bekas suaminya Marc Anthony, namun tiada apa daripada bekas pemain besbol Yankees itu.