Tiada apa yang lebih istimewa buat Jennifer Lopez apabila dilamar oleh sang kekasih hati di ‘tempat paling digemarinya di dunia ini’.
Jennifer mendedahkan dalam surat berita yang dikongsi di laman On The JLo bahawa Ben Affleck melakukan sesuatu yang tidak dijangka – melutut dan melamarnya pada hujung minggu lalu sekali gus merealisasikan impian terbesar dalam hidupnya.
Menerusi satu video bertajuk How It Went Down, penyanyi berusia 52 tahun itu mengakui terkejut dengan tindakan Ben.