Jennifer bercerita lanjut mengenai detik lamaran manis dan penuh kesederhanaan itu dalam video yang sama.
“Saya tersenyum lebar sambil air mata mengalir di pipi, berasa diri sangat gembira dan lengkap. Ia bukan sesuatu yang mewah tetapi ia adalah perkara paling romantis yang pernah saya bayangkan.
“Malam Sabtu yang hening di rumah di mana dua insan berjanji untuk sentiasa ada buat satu sama lain. Dua insan bertuah yang mendapat peluang kedua pada cinta sejati,” ujarnya.