Tambah Jennifer, serangan panik yang melampau membuatkan dia sedar bahawa dia tidak sepatutnya mengahwini Marc.
Dalam buku biografinya berjudul True Love yang diterbitkan pada 2014, pelantun lagu On The Floor itu mendedahkan dia tahu perkahwinannya telah berakhir kala menjalani sesi penggambaran foto.
Ketika itu dia mengalami serangan panik yang membuatkannya sedar bahawa pelantun lagu You Sang To Me itu bukanlah jejaka yang tepat buat dirinya.
“Ketika wajah saya sedang dirias, saya berasakan jantung berdebar-debar dan saya tidak mampu bernafas. Kebimbangan mula menguasai diri. Saya tidak rasakan saya boleh terus hidup di samping Marc,” katanya.