Ini bukan kali pertama JLO Beauty menerima kecaman daripada netizen. Sebelum ini Lopez pernah dituduh menyembunyikan fakta bahawa dia menggunakan Botoks dan filler pada wajahnya.
“Sehingga ke hari ini, saya tidak pernah menyuntik Botoks. Saya bukan wanita seperti itu. Saya tidak menghakimi mereka yang mendapatkan suntikan Botoks, cuma saya sendiri tidak melakukannya,” katanya kepada Page Six.
“Saya lebih suka pendekatan semula jadi dalam penjagaan kulit, namun saya mahu produk yang memberi hasil. Saya mahukan asid hialuronik. Saya mahukan sesuatu yang berkesan kerana saya tidak mahu menerima suntikan di wajah. Bukan bermakna saya tidak akan melakukannya satu hari nanti, tetapi buat masa sekarang belum lagi,” dia menegaskan.
Pada 2018, Lopez mendedahkan bahawa dia percaya pada kehebatan krim tabir suria dan tip kecantikan utamanya adalah tidur yang mencukupi, kira-kira sembilan hingga 10 jam.
Dia juga mengakui menggunakan asid glikolik untuk mendapatkan kulit yang bebas cela dan sihat berseri.
Foto: JLO Beauty
Baca: Jennifer Lopez Berbogel Untuk Lagu Baru dan Bakal Lancar Skincare Sendiri