Satu dunia mengakui kehebatan Jennifer Lopez sebagai seorang ikon, dan kini dia mempunyai trofi untuk membuktikannya.
Dua hari lalu bintang berusia 53 tahun itu dianugerahkan Icon Award di iHeartRadio Music Awards 2022 yang berlangsung di Los Angeles. Ia merupakan penghargaan buat Jennifer atas pengaruhnya selama dua dekad dalam industri hiburan sebagai pemuzik, penghibur, pelakon dan mogul perniagaan.
Turut hadir ke acara berprestij itu untuk memberi sokongan adalah Ben Affleck bersama anak lelakinya, Samuel Affleck, 10 dan anak perempuan Jennifer sendiri, Emme Muniz, 14.