“Saya sayangkan anda semua, terima kasih. Saya berharap boleh memberitahu anda bahawa anugerah ini adalah perkara terpenting buat saya, namun ia tidak benar.
“Tetapi jangan pula menyangka saya tidak menghargai trofi berkilauan ini kerana saya amat hargainya. Tetapi ini bukanlah sebab mengapa saya berada di tahap ini. Ia bukan perkara paling penting buat saya. Saya melakukannya demi anda semua,” ujarnya.
Ibu kepada dua cahaya mata itu turut memberi penghargaan kepada peminat di seluruh dunia atas kejayaannya selama ini.
“Kerana anda semua, saya dapat melakukan perkara yang saya cintai dalam hidup dan ia adalah rahmat paling indah. Ini adalah hadiah yang anda berikan kepada saya, dan saya ucapkan ribuan terima kasih untuk itu.”