Ahli kumpulan BTS, Jimin sememangnya dikenali sebagai seorang yang dermawan.
Sempena sambutan Hari Polio Sedunia yang bakal disambut pada 24 Oktober, Jimin memberi sumbangan sebanyak RM352,000 kepada sebuah kempen kutipan dana yang bertujuan untuk mencipta vaksin terhadap polio secara kekal.
Cuba menyembunyikan kebaikan yang dilakukan, dia menyampaikan sumbangan kepada Gosung Rotary Club menerusi bapanya tanpa pengetahuan sesiapa pada bulan Julai.