Ia bukan kali pertama Jimin menderma secara rahsia untuk tujuan yang baik. Sebelum ini dia pernah menyumbang sejumlah besar wang kepada alumni Busan High School of Arts, Jeonnam Future Education Foundation, Busan Metropolitan Office of Education dan sebagainya.
Jimin bukan satu-satunya bintang yang bersifat dermawan di Korea Selatan. Ramai lagi selebriti di negara itu yang cukup pemurah menyumbang beratus ribu hingga jutaan ringgit kepada badan kebajikan yang memerlukan antaranya IU, Bae Suzy, Park Shin Hye dan Kim Soo Hyun.
Baru-baru ini bintang Running Man, Kim Jong Kook turut menyalurkan derma berjumlah suku juta ringgit kepada dua buah hospital di Seoul.