“Jimin mengalami sakit perut secara tiba-tiba disertai dengan sakit tekak pada petang 30 Januari. Dia hadir ke hospital untuk pemeriksaan menyeluruh dan mengambil Ujian Tindak Balas Berantai Polimerase (RT-PCR).
“Jimin disahkan menghidap apendisitis akut dan positif Covid-19 dalam masa yang sama. Dia menjalani pembedahan pada hari berikutnya, 31 Januari atas nasihat doktor,” jelas BigHit Music menerusi satu kenyataan di aplikasi Weverse.
Menurut pegawai perubatan, pembedahan tersebut berjaya dan penyanyi itu kini sedang dalam proses pemulihan.
“Dia akan menerima rawatan susulan dan pemantauan rapi di hospital selama beberapa hari. Buat masa ini dia mengalami sakit tekak yang ringan namun semakin pulih dan tidak mempunyai kontak rapat dengan ahli BTS lain sepanjang tempoh jangkitan,” tambah agensi.