Ahli kumpulan BTS, Jin dikhabarkan sedang membuat persiapan untuk tampil dengan projek solo yang telah lama dinantikan peminat.
Khabar itu menjadi buah mulut di media sosial setelah Jin dirakam meninggalkan lapangan terbang antarabangsa Incheon, Korea Selatan menuju ke Los Angeles, Amerika Syarikat dua hari lalu.
Tampil bergaya dalam jaket rona coklat yang dipadankan kemeja-T putih dan celana denim, kelibat penyanyi berusia 30 tahun itu berjaya mencuri perhatian peminat walaupun ketika itu dia memakai pelitup muka.