Netizen membuat spekulasi bahawa Jin atau nama sebenarnya Kim Seokjin ‘terbang’ ke Los Angeles atas urusan peribadi, mungkin juga untuk menjalani penggambaran video muzik album solo pertamanya.
Teori itu muncul selepas peminat menyedari pengerusi HYBE dan pengasas Big Hit Entertainment, Bang Si Hyuk atau lebih dikenali sebagai Bang PD berada di lokasi yang sama dengan pengarah syarikat video muzik Lumpens. Syarikat itu pernah menghasilkan beberapa video muzik berkualiti tinggi untuk BTS pada masa lalu.
Walaupun Jin sebelum ini pernah tampil dengan lagu solo seperti Tonight, Abyss dan Super Tuna yang bukan sebahagian daripada mana-mana album BTS, kehebatan vokalnya dan lirik lagu yang mendalam membuatkan peminat merayu agar penyanyi itu menerbitkan album solo.