Dengan pelancaran album solo pertama anggota BTS bermula dengan J-Hope pada bulan lalu, ARMY ternyata tidak sabar mahu melihat siapakah yang seterusnya.
Jin dikhabarkan bakal menyertai perkhidmatan wajib ketenteraan menjelang akhir tahun ini dan terpaksa berehat daripada persada muzik sekurang-kurangnya selama 18 bulan.
Justeru album solonya dijangka akan dilancarkan sedikit masa lagi menjelang konsert BTS di Busan, Korea Selatan pada bulan Oktober 2022.