Big Hit Music berkongsi satu khabar duka mengenai kesihatan salah seorang artis naungannya, Jin.
Menerusi satu kenyataan rasmi di platform komuniti Weverse beberapa hari lalu, agensi pengurusan itu mendedahkan bahawa Jin mengalami kecederaan serius di jari telunjuk.
“Kami ingin memberi sedikit maklumat mengenai kecederaan yang dialami Jin BTS. Jari telunjuknya tercedera sewaktu melakukan aktiviti harian dan dia dikejarkan ke unit kecemasan hospital berdekatan untuk pemeriksaan serta rawatan pada Jumaat lalu.
“Setelah melakukan rundingan dengan doktor, dia disahkan mengalami kerosakan tendon dan perlu menjalani pembedahan pada hari yang sama,” tulis Big Hit.