Jin kini telah selamat menjalani pembedahan dan direhatkan daripada sebarang aktiviti untuk mempercepatkan proses pemulihan.
“Pembedahan berjalan dengan lancar menurut doktor. Dia dibenarkan pulang ke rumah keesokan hari dan perlu memakai pembalut simen pada jari sehingga pulih sepenuhnya.
“Buat masa ini Jin sedang berehat dan akan memberi tumpuan sepenuhnya pada proses pemulihan dan rawatan. Dia hanya akan kembali meneruskan aktiviti seni apabila sudah sihat. Kami akan terus memberi sokongan penuh untuk kesembuhannya.”