Baru-baru ini pakar pembedahan plastik, Dr. Min Hee Joon berkongsi satu video di mana dia dilihat menganalis kecantikan idola wanita K-Pop di Korea Selatan.
Antara yang tersenarai adalah ahli kumpulan April, Red Velvet, Blackpink dan sebagainya. Dia akhirnya membuat keputusan bahawa idola kegemaran ramai, Jisoo Kim memiliki kecantikan paling ideal.
Wajah Jisoo mempunyai keharmonian sempurna antara standard kecantikan timur dan barat. Dia memiliki sepasang mata yang dalam, dimensi wajah yang sempurna, dan struktur wajah tersendiri. Justeru tidak hairanlah jika Jisoo dikatakan mempunyai wajah paling ideal sebagai rujukan untuk pembedahan plastik.
Personaliti YouTube, Lorry Hill yang sering membuat analisis mengenai pembedahan plastik selebriti kemudian mengesahkan kemungkinan besar penyanyi ini tidak pernah melakukan pembedahan kosmetik, kecuali veneer untuk mencantikkan barisan giginya.
Selepas Tzuyu (TWICE) menjadi tajuk berita kerana sering menjadi rujukan untuk pembedahan plastik oleh wanita Jepun kerana kecantikan semula jadinya, kini nama Jisoo pula disebut-sebut kerana turut memiliki kecantikan luar biasa.
Agensi pengurusan kedua-dua selebriti ini, YG Entertainment dan JYP Entertainment tidak membenarkan penyanyi mereka melakukan sebarang pembedahan plastik atau kosmetik.
Ini kerana apa yang dimiliki idola-idola ini adalah lambang kecantikan paling ideal buat negara timur terutamanya di Korea Selatan.
Namun tidak bermakna pembedahan plastik adalah sesuatu yang dipandang rendah di negara itu. Ramai selebriti terkenal yang mengakui memilih rawatan kosmetik untuk meningkatkan kecantikan mereka antaranya Jessi, Minzy, Park Min Young dan JooE.
Foto: Pinterest
Baca: Giliran Lisa dan Rose Blackpink Tampil Dengan Lagu Solo