Kemunculan pertama Bennifer di acara karpet merah adalah pada tahun 2002. Selepas jatuh cinta di set penggambaran Gigli, mereka hadir ke tayangan perdana filem lakonan JLo, Maid In Manhattan pada bulan Disember.
Mereka tampil bersama sebagai tunangan setelah Ben melamar JLo bulan sebelumnya. Kegembiraan jelas terpancar di wajah kedua-dua bintang ini, namun mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada Januari 2004.
Penampilan terakhir mereka di karpet merah adalah sewaktu tayangan perdana Gigli pada 2003. Dan kini siapa sangka, mereka kembali bersatu seperti tiada apa yang pernah berlaku.