Aura Bennifer di Festival Filem Venice sememangnya tidak boleh dinafikan. Saat melangkah keluar dari kereta, kelibat mereka dengan pantas mencuri tumpuan berpuluh jurukamera yang setia menanti.
JLo tampil memukau dalam gaun duyung serba putih Georges Hobeika serta aksesori berlian Cartier, manakala Ben pula segak dalam tuksedo Dolce & Gabbana rona hitam.
Gelagat JLo dan Ben yang padat aksi romantis berjaya mencuri perhatian lensa. Apa yang jelas, jarak masa hampir dua dekad tidak sedikit pun mengubah kemesraan yang terjalin antara mereka.
Klik seterusnya untuk melihat 10 momen ikonik Bennifer di karpet merah dahulu dan sekarang.