Joe Flizzow Bakal Muncul Dengan Album Baru
Menurut penyanyi berusia 44 tahun ini, ‘This Is Johan Live In Concert’ adalah signifikasi kepada album terbarunya yang bakal dilancarkan pada bulan Julai. “Album saya akan keluar pada bulan Julai nanti yang berjudul JOHAN. Jadi lagu yang baru keluar ini datangnya dari album tersebut.”
Selain lagu baharu, konsert itu bakal mempersembahkan lagu-lagu yang menjadi siulan peminat selama ini termasuk Sampai Jadi, CIAO, Sang Saka Biru dan sebagainya. Tidak lupa juga Satu Malam Di Temasek yang menggondol tempat kedua dalam Anugerah Juara Lagu ke-37.
Konsert solo pertama Joe Flizzow ini dibawakan oleh JioBuddy dengan kerjasama Altus ProHouse, Level Up, Tuudi. Ia turut mendapat sokongan Universal Music Malaysia dan DefJam Recordings SEA. Tiket boleh didapati di jiotix.asia pada harga bermula RM188.