“Disney telah menghasilkan sebuah draf untuk filem mengenai Jack Sparrow, justeru mereka meletakkan harapan yang besar agar Johnny Depp dapat memaafkan mereka dan menerima tawaran itu,” jelas sumber.
Bintang Donnie Brasco itu menggalas watak Jack Sparrow dalam lima filem Pirates Of The Caribbean sejak 19 tahun lalu sebelum namanya digugurkan daripada filem terakhir, menyebabkannya kerugian sebanyak RM99 juta.
Disebabkan tuduhan Amber yang mendakwa bekas suaminya sebagai kaki pukul, kerjaya lakonan Johnny di Hollywood musnah sekelip mata.
Dia malah disingkirkan oleh Warnes Bros. untuk peranan sebagai Gellert Grindewald dalam filem Fantastic Beast 3. Watak itu kemudiannya dijayakan oleh Mads Mikkelsen.