Bapa kepada dua cahaya mata itu sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak akan kembali menggalas watak Jack Sparrow meskipun ditawarkan bayaran sebanyak RM1.3 bilion dan sejuta ekor alpaka.
Berita mengenai tawaran Disney itu masih dianggap sebagai khabar angin memandangkan belum ada pengesahan atau pengumuman rasmi daripada kedua-dua pihak.
Johnny kini dilaporkan sedang sibuk dengan penghasilan album terbaharu bersama pemain gitar rock terkenal, Jeff Beck yang bakal dilancarkan pada bulan Julai.
Dia sebelum ini membuat penampilan istimewa di pentas konsert Jeff dan menghiburkan hadirin dengan lagu Little Wing oleh Jimi Hendrix serta What’s Going On oleh Marvin Gaye.