“Johnny bersedia untuk kembali sebagai Kapten Jack Sparrow dan dijadualkan memulakan penggambaran pada awal Februari 2023 di sebuah lokasi rahsia di UK.
“Sehingga kini tiada butiran lanjut didedahkan. Maklumat mengenai projek itu disimpan rapi dan Disney mahu merahsiakan segalanya sebaik mungkin,” jelas sumber.
Tambahnya, pembikinan filem yang diberi judul A Day At Sea itu masih dalam peringkat awal dan belum ada pengarah dipilih untuk menerajuinya. Bagaimanapun Bruce Hendricks akan bertindak sebagai penerbit eksekutif.