Apabila kes Depp dan Heard selesai pada tahun 2016, mereka bersetuju untuk mengeluarkan kenyataan bersama kepada media.
“Our relationship was intensely passionate and at times volatile, but always bound by love. Neither party has made false accusations for financial gain. There was never any intent of physical or emotional harm. Amber wishes the best for Johnny in the future. Amber will be donating financial proceeds from the divorce to a charity.”
Heard mengumumkan secara terbuka dia akan mendermakan kesemua $7 juta kepada badan amal, separuh kepada American Civil Liberties Union dan separuh kepada Hospital Kanak-kanak Los Angeles.
Tetapi yang dibuktikan oleh pasukan Depp di mahkamah, pelakon itu masih belum memenuhi janji tersebut. Dalam pendirian, Heard berkata dia masih berhasrat sepenuhnya untuk menyempurnakan sumbangan itu tetapi terpaksa tangguhkan kerana masih berjuang di mahkamah.