Sekian lama mendiamkan diri, sekali ini Johnny Depp muncul di khalayak ramai dengan berwajah seakan menghidapi penyakit kerana kelesuan sehingga ada dakwaan yang mengatakannya mempunyai penyakit misteri.
Ingin tahu apa yang menarik tentang kecantikan, fesyen, gaya hidup, hiburan dan banyak lagi? Sign up for our newsletter.
Sekian lama mendiamkan diri, sekali ini Johnny Depp muncul di khalayak ramai dengan berwajah seakan menghidapi penyakit kerana kelesuan sehingga ada dakwaan yang mengatakannya mempunyai penyakit misteri.
Johnny, 54, baru-baru ini mengejutkan peminat dengan penampilan barunya yang kurus, tidak bermaya dan seperti tidak terurus! Johnny yang ketika itu berada di St. Petersburg, Russia, sedang mengikuti persembahan jelajah bersama band rocknya – The Hollywood Vampires.
Beberapa orang peminat kemudian memuat naik foto bersama Johnny yang akhirnya menjadi tular kerana wajahnya yang kelihatan sangat berbeza seperti sebelum ini. Bagaimanapun, jurucakap Johnny menafikan yang aktor itu menghidapi sakit misteri ataupun mengalami kemurungan seperti yang didakwa di internet. Menurut jurucakapnya, apa sahaja penampilan terbaru Johnny mempunyai sebab dan kali ini dia hanya mahu mendalami kehidupan sebagai seorang bintang rock.
Dalam perkembangan lain, bekas pengawal peribadi Johnny, memfailkan saman kepadanya selepas mengalami tekanan ketika bekerja sehingga ada kalanya terpaksa melayan dan menguruskan Johnny seperti kanak-kanak. Beberapa bekas pengawal peribadi Johnny juga mendedahkan dia suka memukul, memaki hamun serta ketagihan arak dan dadah.
Sumber : Cosmopolitan.my
Input your search keywords and press Enter.