Kehadiran Johnny Depp Di Festival Filem Cannes Dialu-Alukan
Pengarah Festival Filem Cannes, Thierry Fremaux mempertahankan keputusannya mengundang Johnny Depp ke acara itu dan menayang filem lakonannya. Dia mengakui tidak menghiraukan isu undang-undang melibatkan bapa kepada dua cahaya mata itu.
“Saya tidak ambil tahu tentang imej Johnny Depp di Amerika Syarikat. Sejujurnya dalam hidup, saya hanya mempunyai satu peraturan: Ia adalah kebebasan berfikir, kebebasan bersuara dan kebebasan untuk bertindak dalam rangka kerja undang-undang. Jika Johnny Depp dilarang berlakon dalam filem atau filem itu diharamkan, kita tidak akan berada di sini untuk bercakap mengenainya.”
Dia menambah, “Jika ada seseorang di dunia ini yang paling tidak berminat dengan perbicaraan yang diberi publisiti sangat meluas itu, sayalah orangnya. Saya tidak tahu ia mengenai apa. Saya juga ambil berat tentang Johnny Depp sebagai aktor.”
Baca: Terima Standing Ovation Enam Minit, Brendan Fraser Menitiskan Air Mata