Juri memutuskan bahawa tiga kenyataan dalam penulisan tersebut berunsur fitnah, seterusnya mengarahkannya membayar RM44 juta sebagi ganti rugi pampasan dan RM22 juta sebagai ganti rugi punitif, keseluruhannya berjumlah RM66 juta.
Johnny turut diminta membayar ganti rugi pampasan sebanyak RM9 juta kepada bekas isterinya. Amber mendakwa bintang Pirates Of The Caribbean itu juga pernah menfitnahnya beberapa kali, namun juri mendapati ia berlaku hanya sekali dan bukan secara langsung tetapi menerusi peguam.
Walaupun jumlah yang diterima (RM66 juta) jauh lebih rendah daripada jumlah tuntutan sebenar (RM220 juta), Johnny tetap tidak akan memperoleh jumlah penuh seperti yang diputuskan oleh juri. Ini kerana Virginia mempunyai had berkanun untuk ganti rugi punitif iaitu tidak melebihi RM1.5 juta.