“Johnny Depp akan menerima ganti rugi pampasan sebanyak RM44 juta dan hanya RM1.5 juta untuk ganti rugi punitif. RM9 juta daripadanya akan kembali kepada Amber,” kata Joshua Ritter, peguambela jenayah Los Angeles
Ini bermakna jumlah keseluruhan yang bakal diterima pelakon itu adalah sekitar RM36.5 juta.
Pakar undang-undang kini meragui keupayaan Amber untuk membayar ganti rugi kepada Johnny terutama apabila nilai kekayaannya lebih rendah daripada jumlah itu, iaitu sekitar RM35 juta.
Namun buat Johnny wang bukanlah keutamaan dalam perbicaraan itu. “Ia jauh lebih penting daripada wang. Ia mengenai kebenaran dan mendedahkan fakta yang tepat,” kata Neama Rahmani, bekas pendakwa raya persekutuan.
Baca: 5 Bintang Hollywood Yang Menyokong Johnny Depp Dalam Perbicaraan Terhadap Amber Heard