Daripada Gigi Hadid kepada Anderson .Paak dan Jung Ho Yeon, Johnny tidak henti-henti memaklumkan peminatnya di media sosial mengenai barisan bintang popular yang ditemuinya malam itu.
Peminat turut tidak ketinggalan memuji penampilannya dan meluahkan rasa teruja kerana impian Johnny untuk menghadiri Met Gala yang diluahkannya pada tahun 2019 akhirnya menjadi kenyataan.
Namun keterujaan mereka bertukar menjadi kekecewaan apabila penyanyi berusia 27 tahun itu menerima komen berbaur perkauman.