Seorang peminat sempat merakam video penampilan Johnny di karpet merah yang kemudiannya dimuat naik di Twitter. Namun para peminat berasa terkejut apabila mendengar butir bicara seorang paparazi dalam video tersebut.
Dengan persekitaran yang sibuk dan bising, tidak menghairankan jika Johnny tidak menyedari apa yang berlaku di sekelilingnya. Justeru apabila penyanyi itu tidak memberi respons kepada permintaan paparazi, “Johnny Suh, di sini, sila pandang ke sebelah sini,” paparazi itu terus menyambung, “Dia tidak faham apa yang saya katakan. F***.”
Andaian bahawa ahli kumpulan NCT itu tidak memahami pemintaannya semata-mata kerana dia berdarah Asia dan tidak memberi respons pantas mencetuskan kemarahan peminat di media sosial.
Ramai menyelarnya sebagai kenyataan berunsur perkauman terutama apabila penyanyi itu sendiri berasal dari Chicago, Amerika Syarikat dan fasih berbahasa Inggeris.
Nctzen or not, anyone can see how disrespectful that reporter/paparazzi was to Johnny. Racism and xenophobia is a problem idols face everytime they go to America
— nr (@214yongss) May 2, 2022
Foto: Getty Images
Baca: Patung Marmar Menjadi Pengganti Rihanna Di Met Gala 2022