“Saya bukan lagi berusia 30 tahun. Saya kini 45 tahun. Saya mahu memiliki lebih ramai anak dalam masa beberapa tahun akan datang. Jadi ia lebih kepada mencari wanita muda untuk melahirkan cahaya mata.
“Saya bukan mencari cinta di luar sana tanpa sebarang tujuan. Saya mahu mencari seorang wanita yang serasi dan membina keluarga bersama. Ini kerana saya dan Fergie mempunyai hubungan yang hebat, saya mencintainya dan akan terus menyayanginya.
“Malangnya, perhubungan kami tidak berhasil. Namun saya akan sentiasa menyokongnya dan dia tetap ibu kepada anak saya,” jelasnya.
Foto: Thomas Bartilla/JPI
Baca: Makna Ukiran Istimewa Pada Cincin Pertunangan Britney Spears