Walau menawarkan harga agak rendah, malangnya ia tidak berjaya mendapat pembeli sehinggalah Ronaldo terpaksa menurunkan harga kepada RM32 juta pada Jun 2021.
Desakan termasuk petisyen oleh 14,000 peminat agar bintang Portugal itu menjual kediamannya berpunca daripada reputasi buruk Trump sewaktu menjadi presiden.
Desakan demi desakan saban tahun juga mungkin mempengaruhi keputusan Ronaldo untuk menurunkan harga apartmen miliknya supaya ia berjaya dijual secepat mungkin.
Kini muncul laporan mengatakan bapa kepada empat cahaya mata itu telah berjaya menjual unit tiga kamar tidur itu pada harga RM32 juta, menyebabkan dia kerugian RM45.2 juta.