Beberapa hari selepas keputusan mahkamah diumumkan, peguam mendedahkan kepada pihak media bahawa Amber tidak mempunyai wang untuk membayar pampasan kepada bekas suaminya.
Aktres itu dilaporkan telah muflis kerana membelanjakan wang yang banyak untuk membayar khidmat guaman yang tinggi dan perbelanjaan dirinya yang mewah. Malah dia turut kehilangan beberapa kontrak selaku duta jenama tersohor antaranya L’Oreal.
“Ya, Amber kini pokai dan tidak mempunyai cara untuk membayar ganti rugi kepada Johnny seperti yang diarahkan pihak mahkamah,” kata peguam Amber, Elaine Bredehoft kepada NBC.