Baru-baru ini muncul pula berita yang menyatakan pelakon berusia 36 tahun itu telah menjual kediaman rahsianya di Yucca Valley, California pada 18 Julai lalu untuk melunaskan bayaran ganti rugi kepada Johnny.
Hartanah seluas enam ekar itu dijual secara tunai pada harga RM4.9 juta, hampir dua kali ganda daripada harga asal. Amber dilaporkan membelinya tiga tahun lalu pada harga RM2.5 juta.
Terletak di gurun Mojave, kediaman seluas 2,500 kaki persegi yang dibina pada 2015 itu mempunyai tiga kamar tidur dan tiga kamar mandi.
Kemudahan lain termasuk garaj yang boleh memuatkan tiga kenderaan, lantai konkrit, pencahayaan LED yang menyeluruh, sistem bunyi di sekeliling kediaman, dan jambatan kayu rekaan khusus sepanjang 110 kaki di halaman belakang.