Tangga kedua dimenangi oleh Cha Eunwoo yang dikenali menerusi lakonan hebatnya dalam K-Drama popular seperti True Beauty dan My ID Is Gangnam Beauty dengan undian lebih satu juta. Menariknya ahli BTS paling berusia, Jin pula berada di kedudukan ketiga dalam senarai dengan lebih 450,000 undian.
Pelakon yang popular dengan siri Crash Landing On You, Hyun Bin berada di tangga kelima, Lee Joon Gi berada di tangga keenam, Lee Minho di tangga ketujuh manakala V BTS pula di tangga kelapan.
Secara keseluruhan, senarai ini didominasi oleh pelakon dan penyanyi dari Asia kecuali tangga kesembilan yang dimenangi oleh aktor Hollywood, Johnny Depp dengan lebih 27,000 undian.
✨ Jeon Jungkook has been crowned as "The Most Handsome Man 2021"🔥
— JUNGKOOK VOTING TEAM💥JK OST🔥 (@JJK_VotingTeam) January 10, 2022
He won the Kingchoice with whooping 2.4M votes with 1M lead which itself is a record!
Undoubtedly Jungkook's handsomeness knows no bounds!
Congratulations Jungkook!
Trend👇
Visual King Jungkook#MostHandsomeManJK pic.twitter.com/Q0ut5hMvYb