Ahli kumpulan BTS, Jungkook telah menjadi sumber inspirasi kecergasan buat peminat selama bertahun-tahun.
Dia pernah mengakui obses dengan six pack miliknya dan jarang dilihat duduk diam apabila ada masa terluang. Jika ada waktu senggang antara sesi penggambaran, Jungkook akan bersenam untuk meningkatkan tenaga.
Baru-baru ini penyanyi berusia 26 tahun itu berkongsi pelan diet ketat dan rejim kecergasan amalannya dalam episod terbaharu Suchwita. Jungkook berkata, dia bekerja keras untuk mendapatkan perut berotot seperti yang dipamerkan dalam foto promosi lagu solo pertamanya, Seven.