Jungkook Amalkan Intermittent Fasting
Dikenali dengan six pack dan susuk kekar, pendedahan penyanyi itu tentang tabiat pemakanan dan rutin senamannya membuatkan netizen tertarik. Kongsinya kepada hos Suchwita, Suga, dia mengamalkan intermittent fasting atau puasa rawatan – pelan diet yang semakin mendapat perhatian di kalangan pengamal kesihatan.
Jungkook mengikuti jadual puasa yang agak ketat iaitu 20:4, bermakna 20 jam tempoh berpuasa dan empat jam tempoh makan. Walaupun pelan diet ini dilihat sukar, dia mengakui tidak terlalu obses dan mengambil pendekatan seimbang terhadap kesihatan serta kecergasan. “Saya rasa 20:4 ideal untuk tubuh saya. Tapi saya tidak obses, saya tidak melakukannya secara keterlaluan,” jelasnya.
Jungkook berkata dia memilih kaedah ini untuk mempersiapkan diri bagi penggambaran debut solo Seven yang dijalankan di Amerika Syarikat. Dia turut mengikuti rutin senaman intensif untuk dapatkan susuk kekar idaman ramai. Jelas dia amat berdedikasi mengekalkan penampilan, bukan sahaja untuk tujuan estetik tetapi juga untuk mempersembahkan yang terbaik buat peminat.