Kejayaan Seven
Pemilik nama Jeon Jung-kook ini mencuri perhatian dunia bulan lalu apabila Seven mencipta sejarah di Spotify dengan memperoleh 30 juta strim dua hari selepas dilancarkan. Video muziknya yang menampilkan aktres The World Of The Married, Han Soo Hee pula meraih dua juta tanda suka di YouTube dalam tempoh satu jam lima puluh lapan minit.
Seven menjadi lagu penyanyi solo lelaki terpantas melepasi angka 30 juta strim di Spotify sejak dikeluarkan. Pencapaian itu sekali gus menewaskan rekod yang dipegang Harry Styles menerusi lagu popularnya, As It Was. Ia turut mengangkat Jungkook sebagai penyanyi solo K-Pop terpantas mencapai kejayaan sebegitu besar, mengukuhkan lagi pengaruh dan popularitinya dalam industri muzik.