Jungkook kongsi berita tentang kesihatannya kepada peminat ARMY selepas Big Hit Music mendedahkan dia telah positif Covid-19.
Jungkook diuji positif Covid-19 pada Isnin, 28 Mac di Amerika Syarikat. Berita mengenai diagnosisnya merisaukan ARMY kerana hanya tinggal seminggu lagi untuk persembahan BTS di Grammys 2022.
Big Hit Music berkata dalam satu kenyataan, “Jung Kook telah diuji negatif pada ujian PCR di Korea dan dia berlepas ke Amerika Syarikat pada Ahad, 27 Mac (KST) sebagai persediaan untuk persembahan Anugerah Grammy.”