Namun semasa tiba di Las Vegas, penyanyi itu merasakan sedikit ketidakselesaan di tekaknya dan segera mengambil dua ujian PCR pada petang itu juga. Jung Kook disahkan positif COVID-19 pada keesokan harinya dan terus mengkuarantinkan dirinya selepas kedua-dua ujian positif.
“Jung Kook kini berada di bawah jagaan kuarantin dan rawatan diri, mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa kesihatan di Amerika Syarikat. Dia tidak menunjukkan sebarang simptom selain sakit tekak yang ringan dan kami akan memantau kesihatannya dengan teliti”, kongsi agensi Big Hit Music.
Penyertaan Jung Kook bersama ahli BTS yang lain akan dijadualkan kembali dan sedang dalam perbincangan dengan penganjur Anugerah Grammy 2022.