Tambah mereka lagi, “Kami ingin memohon maaf yang setulus-tulusnya kepada peminat ARMY kerana telah menimbulkan kebimbangan. Kami telah berusaha untuk mengambil semua langkah berjaga dan yang perlu untuk memastikan kesihatan artis terjaga sebelum dan sepanjang jadual kerja di Amerika Syarikat.”
Agensi itu turut meminta pemahaman dan sokongan daripada peminat ARMY. Mereka juga berjanji akan terus memberikan sokongan sepanjang pemulihan kesihatan Jung Kook dan meletakkan dia sebagai keutamaan tinggi. “Kami juga akan terus bekerjasama sepenuhnya dengan permintaan dan garis panduan pihak berkuasa penjagaan kesihatan,” kata agensi Big Hit Music.