Apakah inti pati Justin Bieber: Our World?
Menerusi siaran akhbar, dokumentari tersebut menyusuri perjalanan Justin dan pasukannya sebulan sebelum persembahan diadakan. Selain menampilkan persembahan secara langsung, ia juga merakam momen persiapan, latihan dan pembinaan pentas sambil mematuhi protokol kesihatan dan keselamatan yang ketat.
Apakah pendapat Justin mengenai dokumentari ini?
Kongsi Justin menerusi satu kenyataan, “Membuat persembahan secara langsung dan berhubung dengan peminat-peminat menerusi muzik adalah momen yang begitu berharga buat saya. Terutama tahun lalu, apabila saya dapat berkongsi bakat untuk membawa sedikit kegembiraan buat orang ramai pada saat-saat sukar dan menakutkan.
“Dokumentari ini merakamkan momen perit dan mengujakan, persiapan saya untuk kembali ke pentas pada musim yang penuh dengan ketidakpastian. Bersama-sama pasukan, kami mengatasi rintangan dan menampilkan persembahan istimewa sambil dikelilingi rakan-rakan dan ahli keluarga.”