Kini telah secara rasminya berita pertunangan Justin Bieber dan Hailey Baldwin disahkan, namun apa agaknya reaksi Selena Gomez selepas mendengar berita tersebut?
Selena Gomez nyata terkejut mendengar berita tentang bekas teman lelakinya, Justin Bieber dan Hailey Baldwin telah bertunang pada hujung minggu lalu ketika mereka bercuti di Bahamas. Tetapi tidak lama selepas berita pertunangan pasangan itu tersebar, Gomez dilihat hanya mengukir senyuman di atas sebuah bot bersama teman-temannya di New York City.
“Selena terkejut dengan pertunangan mereka berlaku terlalu cepat tetapi ia tidak terkejut pabila Justin mampu melakukan sesuatu yang besar seperti ini kerana cukup kenal dengan dirinya. Pada akhirnya, Selena tidak langsung mempedulikannya. Selena nyata telah selesai dengannya. Dia telah cuba melakukan yang terbaik sekali lagi sebelum ini dan ia masih tidak menjadi,” kata sumber.
Gomez dan Bieber pernah mempunyai hubungan on and off sejak tahun 2010 dan yang paling terbaru mereka berpisah pada Mac lalu.
“Selena sememangnya berada dilaluan yang berbeza sekarang ini dan berada di tempat yang lebih baik sejak Justin tiada lagi dalam gambar. Secara mental, Selena telah selesai sepenuhnya dengan Justin. Tidak terlalu fokus untuk berhubungan kerana lebih menumpukan perhatian pada dirinya. Dia gembira kini dia hanya perlu meluangkan masa bersama teman-temannya dan pergi ke gereja,” kata sumber lagi.
Sumber lain mengatakan yang Gomez telah meletakkan hubungannya dengan Bieber di dalam arkib lampau. Sementara dirinya sememangnya sangat terkejut dengan berita itu, hakikatnya dia tidak langsung peduli akannya.
“Selena tahu yang Justin sering membuat keputusan melulu tetapi dia mengucapkan yang terbaik buat mereka berdua. Dia kini memfokuskan pada dirinya sendiri dan Justin tidak lagi wujud dalam topik perbincangan dalam hidupnya,” jelas sumber lain kepada media di Hollywood.
Bieber dan Baldwin yang mana mula bercinta pada tahun 2015 kembali berkait rapat pada Jun lalu pabila mereka dilihat bermesraan bersama di Miami. Sejak itu, pasangan itu dilihat ibarat belangkas.