Perjanjian bernilai RM4 bilion ini memberikan keuntungan 100 peratus kepada HYBE dan membubarkan kewujudan Ithaca Holdings di alam maya.
Namun tiada apa yang perlu dibimbangkan peminat kerana ia bukan bermakna Justin Bieber, Ariana Grande, Demi Lavato, mahupun J. Balvin tidak mempunyai agensi pengurusan.
Kerjaya muzik mereka terjamin, malah Bieber dan Grande dikatakan bakal menerima sejumlah wang daripada penggabungan tersebut, menurut Variety.